Sunday, May 22, 2011

Dessert : Strawberry Trifle

A long, long time ago (yesss... almost 2 decades ago)... when i visited my friend, Farah in UK, she made me this dessert. I brought some instant ones back to Japan, and have been making strawberry trifle ever since..  
(Bertahun-tahun dahulu (ye.... dah hampir 2 dekad yang lalu), sahabat baik saya, Farah telah membuat strawberry trifle ni untuk saya ketika saya pergi melawatnya di UK.  Kerana keenakkannya itu, saya telah memborong beberapa bungkus strawberry trifle segera untuk dibawa pulang ke Jepun dan sejak itu saya selalu membuat pemanis mulut ini)


It's really simple and I hope that you will try it out.
(Ia amat mudah dan saya harap anda semua akan mencuba resepi ini)


Ingredients :
(Bahan-bahannya :)


Lady finger biscuits / sponge biscuits / sponge cake cut into small pieces
(Biskut jejari / biskut span / bahulu / kek span yang dipotong kecil)






1 packet of instant strawberry flavoured crystal jelly
(1 paket jeli kristal segera berperisa srawberry)


2 tbs instant custard powder (I use Bird's Brand)
(2 sudu besar tepung kastard segera, saya guna jenama Bird's)




570 ml / 1 pint of milk
(570 ml / 1 pain susu)


1-2 tbs sugar
(1-2 sudu besar gula)


1 cup of whipping cream
(1 cawan 'whipping cream')


Some colourful toppings (optional)
(Sedikit 'topping' penghias jika mahu)






Method :
(Caranya :)


1) Place ladyfingers biscuit in a container.
( 1) Susun biskut jejari ke dalam bekas)


2) Follow the instructions on the box of the crystal jelly.
( 2) Masak jeli kristal mengikut aturan yang tertulis dibelakang kotaknya)


3) Pour the hot mixture of crystal jelly into the container lined with lady fingers. Leave to cool for 30 minutes - 1 hour.
( 3) Tuangkan jeli yang panas ke dalam bekas yang berisi biskut jejari.  Biarkan sejuk selama 30 minit - sejam.




4) In the meantime, make the custard. Put the custard powder and sugar into a basin and mix smoothly with 2 tablespoon of milk taken from a 570ml. Put the rest of the milk in a saucepan and heat it to almost boiling. When nearly boiling, pour the hot milk onto the mixed custard in the basin, stirring well. Return the custard to the saucepan and bring to boil, stirring all the time.
( 4) Sementara menanti jeli mengeras, sediakan kastard.  Masukkan tepung kastard dan gula ke dalam sebuah besen dan kacau rata dengan mencampurkan susu yang diambil daripada 570 ml susu tadi. Masak sehingga hampir mendidih susu yang selebihnya dan seterusnya campurkan susu tersebut ke dalam besen yang berisi campuran tepung kastard dan susu tadi. Kacau hingga rata dan tidak berketul-ketul.  Kemudian, kembalikan semula kesemua adunan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih sambil terus dikacau sehingga likat.)


5) Put a layer of custard onto the hardened jelly base.
( 5) Buat satu lapisan kastard diatas jeli yang telah keras)



 6) Whip the whipping cream until stiff peaks form or you can turn the bowl/container you whipped the whipping cream in, upside down. If the whipped cream stayed on, then it is ready. Put a layer of whipped cream on top of the custard.
( 6) Pukul 'whipping cream' sehingga kembang dan untuk pastikan yang ianya sudah sedia untuk digunakan, terbalikkan mangkuk dimana 'whipping cream' dipukul dan sekiranya ia tidak bergerak atau dalam erti kata lain 'terletak elok', ianya sudah siap.








7) Lastly, you may decorate your trifle with some colourful toppings (optional).
( 7) Akhir sekali, hiaskan strawberry trifle anda dengan 'topping' kesukaan  anda jika mahu.









Try it out and let me know, ok!!! 
(Cubalah, dan bagitau saya samada resepi ini menjadi ataupun tidak, ok!!!)

No comments:

Post a Comment