Follow by Email

Tuesday, May 24, 2011

Dessert : Apple Strudel (Strudel Epal)


Serves 8 -10 (Untuk 8-10 orang)

Ingredients : (Bahan-bahannya :)
500gm filo pastry, thawed if frozen (500gm pastri filo, dinyah bekukan sekiranya beku)
115gm or ½ cup unsalted butter, melted (115gm atau 1/2 cawan mentega tanpa garam yang dicairkan)
icing sugar for dusting - optional (gula 'icing' untuk hiasan - jika suka)

Filling : (Inti : )
1kg cooking apples, peeled, cored and sliced (1kg epal untuk memasak, dikupas, dibuang tengah dan dihiris)
115gm or 2 cups fresh white breadcrumbs (115gm atau 2 cawan serbuk roti putih segar)
150gm or ¾ cup granulated sugar (150gm atau 3/4 cawan gula halus)
1 tsp cinnamon (1 sudu kecil serbuk kayu manis)
75gm or ½ cup raisins (75gm atau 1/2 cawan anggur kering)
finely grated rind of 1 lemon (parutan sebiji kulit lemon)
50gm or ¼ cup butter (50gm atau 1/4 cawan mentega)


Method : (Caranya :)

1) Preheat the oven to 180 degree celcius. (Panaskan ketuhar sehingga 180 darjah selsius.) 

2)To make the filling, place the sliced apples in a large mixing bowl. (Untuk membuat inti, masukkan hirisan epal ke dalam sebuah mangkuk yang besar)
     
3) Add the breadcrumbs, sugar, cinnamon, raisins and grated lemon rind and mix well. (Campurkan serbuk roti, gula, serbuk kayu manis, anggur kering dan parutan lemon dan gaul rata)

4) Melt the butter in a small pan, then stir it into the mixture. (Cairkan mentega di atas api dan campurkan kepada bahan-bahan diatas dan gaul rata)




5) Lay a sheet of filo pastry on a lightly floured work surface and brush with a little melted butter. (Bentangkan sehelai pastri filo diatas meja yang bersih dan yang telah ditaburi tepung terlebih dahulu.  Sapukan mentega cair) 

6) Place another sheet on top and brush with melted butter as before. (Tindihkan sehelai lagi pastri filo diatas pastri tadi dan sapukan mentega cair lagi)

7) Continue stacking the sheets and brushing with the butter until there are four or five layers in all. (Teruskan menindih helaian pastri filo dan sapukan mentega cair sehingga 4-5 lapisan)

8) Spoon the filling into the centre of the pastry, leaving a 2.5cm/1in border all round. (Sendukkan inti ke tengah-tengah pastri dan tinggalkan 2.5cm / 1 inci di sekeliling pastri tersebut)




     

9) Fold in the two shorter sides, then roll up from one long side, Swiss-roll (jelly-roll) style. (Lipatkan sisi yang pendek ke dalam, dan gulung dari sisiyang panjang seperti kek 'Swiss-roll')

     

     

     

     

     

     


10) Place the strudel on a lightly buttered baking sheet, seam side down. (Letakkan strudel tersebut diatas kertas minyak / 'baking sheet' yang telah disapu dengan sedikit mentega.  Pastikan bahagian yang terbuka diletakkan di bahagian bawah)

     



11) Brush the pastry with the remaining melted butter. (Sapukan keseluruhan pastri dengan mentega cair)
    



12) Bake for 30-40 minutes, or until golden. (Bakar selama 30-40 minit atau sehingga keperang-perangan)

    



13) Remove the strudel from the oven and place on a wire rack to cool.  (Keluarkan strudel dari ketuhar dan letakkan di atas rak dawai penyejuk)
     
    

14) Dust with icing sugar before cutting into slices for serving. (Ayak sedikit gula 'icing' di atas pastri sebelum dipotong untuk dihidang, jika suka)




Variation : (Variasi :)
For extra crunch in the strudel filling, add 75gm or ¾ cup lightly toasted, chopped hazelnuts or almonds. (Untuk lebih rangup, tambah 75gm atau 3/4 cawan kacang hazel atau badam yang telah dicincang dan dibakar sedikit)



If you have any problems with this recipe, please do not hesitate to contact me @ aznorskitchen@gmail.com. (Sekiranya anda mengalami sebarang masalah dengan resepi ini, sila hubungi saya di aznorskitchen@gmail.com)

4 comments:

  1. saya suka ni.. makan sampai habuk-habuknya berterabur kat tudung.Lupa dunia jap.

    ReplyDelete
  2. Boleh. Silakan. Jika ada masalah, sila hubungi saya. Resepi ni dah dicuba dan alhamdulillah menjadi.

    ReplyDelete